(VIDEO)”Patut Gigit Tak Lumat!”- Sangka Daging Dalam Roti Canai, Wanita Ini Terkejut Jumpa Tali Mop Lantai

25 Jun 2022 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya makan di sebuah restoran.

Wanita itu difahamkan memesan set roti canai namun tidak menyangka ‘benda’ lain pula yang dijamahnya!

Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat menangis barangkali kerana merasa terlalu geli dan trauma dengan apa yang dijumpai dalam makanan yang dipesannya itu.

Difahamkan wanita itu berulang kali mengunyah roti canai tersebut namun tidak juga lumat apabila digigit.

Rupa-rupanya, yang disangkakan roti canai adalah tali mop lantai!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa mual tekak melihatkan video tersebut dan turut bersimpati dengan wanita itu yang terpaksa melalui pengalaman menjijikkan itu.

image is not available

Sumber : TikTok  

Malah, pengusaha restoran itu tidak mengambil sebarang tindakan sepatutnya malah mengenakan caj penuh ke atas wanita itu.

Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman sama ketika makan di restoran dan menjumpai benda asing dan meloyakan.

“Pernah minum air teh o ais ada baby lipas tapi dah separuh baru perasan. Bagitahu mamak dia cakap mungkin jatuh dari atas tapi saya tak perasan.” cerita seorang warga maya mengenai pengalamannya.

image is not available 2 hari lalu

"Nak Muntah Tengok!" - Lantai Dapur Penuh Taugeh, Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya