(VIDEO) Pelajar, Bapa Cedera Dipukul Sekumpulan Remaja Di Luar Sekolah, Polis Tahan Beberapa Suspek

24 Jul 2026 • 10:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di luar sebuah sekolah menengah di Taman Desaminium, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut yang kini tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Advertisement

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 3 Julai lalu apabila mangsa, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium, dipanggil oleh beberapa pelajar lelaki dari sekolah yang sama.

“Ketika mangsa sedang menuju ke motosikalnya yang di parkir di luar kawasan sekolah, dia telah dikepung sebelum dipukul oleh kesemua suspek.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka pada bahagian bibir dan lutut selain lebam serta sakit di seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut menjadi mangsa apabila dipercayai dipukul sehingga terjatuh di atas jalan.

gaduh sekolah

“Akibatnya, lelaki itu mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta sakit di seluruh badan,” ujarnya.

Muhamad Farid berkata, polis telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan dan mereka dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan berkaitan kejadian di media sosial.

Tambah beliau, polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah serta ibu bapa bagi memastikan kes tersebut ditangani secara profesional mengikut peruntukan undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: (VIDEO) Pelajar, Bapa Cedera Dipukul Sekumpulan Remaja Di Luar Sekolah, Polis Tahan Beberapa Suspek2026-07-22 14:46:59

Pukul Kawan Sehingga Retak Tengkorak, 4 Pelajar Usia 14 Tahun Terlibat Kes Buli Ditahan

The post (VIDEO) Pelajar, Bapa Cedera Dipukul Sekumpulan Remaja Di Luar Sekolah, Polis Tahan Beberapa Suspek first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved