[VIDEO] Pelantikan Nurul Izzah: Sah tetapi salah dari segi moral

Politics
30 Jan 2023 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran Facebook Ahssan pada Isnin.(Gambar kanan : NURUL IZZAH)

SHAH ALAM - Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat kritikan pelbagai pihak termasuklah ahli Parlimen daripada kerajaan.

Terbaharu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim melalui hantaran di Facebooknya turut 'menentang' tindakan Anwar yang melantik anak sulungnya itu.

Beliau berkata, secara undang-undang tindakan itu sah tetapi salah dari segi moral.

"Seorang sahabat yang merupakan penyokong PH (Pakatan Harapan) bertanya kepada saya, apa pandangan saya apabila Perdana Menteri melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?

"Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam bahasa asing iaitu legally right but morally wrong (betul dari segi undang-undang tetapi salah dari segi moral," katanya pada Isnin.

Pada Ahad, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilaporkan berkata pelantikan Nurul Izzah dibuat berdasarkan kelayakannya.

Anwar berkata, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved