(VIDEO) Penat Dan Stress, Suami Nekad Tinggalkan Isteri Tepi Jalan Waktu Tengah ‘Jem’

22 Jul 2022 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pertelingkahan dalam rumah tangga sememangnya sesuatu perkara yang biasa.

Akan tetapi sesetengah orang bersikap melampau dengan melakukan tindakan luar biasa hanya kerana perasaan amarah yang tidak dapat dibendung.

Berkongsikan satu detik cemas di TikTok, pengguna yang dikenali sebagai shatulapan menemui seorang wanita berbangsa Cina ditinggalkan di tengah lebuhraya.

Menurutnya, dia ternampak wanita tersebut ketika sedang melakukan rondaan dan menuju ke arahnya untuk bertanyakan soalan.

Difahamkan, wanita itu ditinggalkan suaminya semasa lebuhraya menghadapi kesesakan.

Selain itu, wanita berkenaan turut menyatakan bahawa dia telah menelefon suaminya berkali-kali tetapi tidak dilayan.

Bercerita lebih lanjut di ruangan komen, pemilik akaun mendedahkan wanita itu telah pun dihantar ke pangkuan suami.

image is not available

Pemilik akaun TikTok ini juga memberitahu suami kepada wanita berikut merupakan seorang yang baik tetapi akibat terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi membuatkan dia bertindak secara melulu.

Beralih ke ruangan komen, ramai yang memuji dan berterima kasih dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

image is not availableimage is not available

image is not available 3 hari lalu

"Trend Ke Buka Aib Suami?" - Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Hanya Tinggalkan Tulang Ikan, Reaksi Netizen Lain Pula