
SANDAKAN: Polis Daerah di sini menafikan kesahihan satu rakaman video mengenai aktiviti penggambaran filem lucah, yang didakwa berlaku di tepi pantai di daerah ini.
Dalam rakaman video yang tular itu, aksi penggambaran filem lucah itu didakwa dilakukan di tepi pantai berlatarbelakangkan monumen bersejarah Batu Sapi.
Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, bagaimanapun berkata pihaknya telah menyiasat perkara tersebut dan mengesahkan perkara itu tidak berlaku di Batu Sapi.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video lucah tersebut serta tidak menyimpan sebarang video lucah kerana ianya menyalahi undang-undang di negara ini.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Orang awam yang didapati melanggar undang-undang ini boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang lokasi kejadian dalam video itu boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, beberapa penduduk Sandakan yang melihat rakaman itu juga percaya ianya telah disunting kerana kedudukan sebenar monumen Batu Sapi bukan di tengah laut tetapi di tepi pantai.
Mereka juga mendakwa keadaan sebenar pantai di sekeliling monumen itu tercemar dengan sampah sarap dan bukan seperti yang kelihatan di dalam video yang tular itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

