[VIDEO] Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan diperintah jalani rawatan psikiatri

19 Nov 2026 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan diperintah jalani rawatan psikiatri
Image from: [VIDEO] Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan diperintah jalani rawatan psikiatri
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis.

SUNGAI PETANI - Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memerintahkan seorang penghuni pusat jagaan yang didakwa membunuh rakannya mendapatkan rawatan psikiatri sebelum perbicaraan dimulakan.

**media[3715533]**

Majistret Noor Fazlina Musa membenarkan tertuduh, Riduwan Mat, 51, mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta seperti mana dimohon Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Sufiya Kamaruzzaman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohd Zulkiflee Zainudin, 42, semasa berada di pusat jagaan terbabit di Taman Kempas, pada jam lebih kurang 5.15 hingga 5.30 petang, 9 November lalu.

Akibat perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum gantung sampai mati atau penjara minimum 30 hingga maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman gantung boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan 1 Februari 2027 bagi mendapatkan laporan perubatan, bedah siasat, kimia dan forensik.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penghuni pusat jagaan dikatakan menghidap Skizofrenia ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh semasa berada di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian dada.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved