Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur

7 Oct 2022 • 9:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perbarisan pekerja pusat pakaian Hari-hari tular

Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Ingatkan anggota badan beruniform sahaja ada perbarisan, rupa-rupanya orang yang bekerja di pusat pakaian pun ada perbarisan harian.

Tetapi, perbarisan yang dilakukan oleh pekerja salah satu pusat pakaian yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu pusat pakaian Hari-Hari ini telah tular dimedia sosial Twitter. Video yang tular tersebut telah menghiburkan netizen dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh para pekerja.

image is not available
Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @shuhazlindaishak

Perbarisan harian itu telah buat netizen terhibur

Difahamkan, perbarisan harian tersebut dilakukan oleh para pekerja sebelum mereka memulakan operasi premis mereka. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat para pekerja untuk melunaskan tanggungjawab harian mereka.

Namun, penularan video ini telah mengundang komen yang melucukan oleh segelintir netizen kerana mereka terhibur dengan perbarisan pekerja Hari-Hari ini. Mereka beranggapan perbarisan yang dilakukan oleh pekerja ini tidak menunjukkan semangat para pekerja dan mereka melakukan seolah-olah terpaksa.

image is not available
Video Perbarisan Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @shuhazlindaishak

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh untuk menyelamatkan pekerja yang mengenakan pakaian berwarna putih kerana mereka percaya bahawa pekerja tersebut berkemungkinan pekerja baru.

Selain itu, dalam perbarisan itu juga para pekerja perlu menyatakan polisi pekerjaan mereka dan sekali lagi netizen meninggalkan respon yang melucukan iaitu polisi kelima, berhenti bekerja.

Terkadang, benda yang dianggap remeh adalah satu hal yang mendatangkan kesannya pada masa panjang. Mungkin dengan cara ini, pihak pengurusan dapat menerapkan cara berfikir yang positif untuk para pekerja.

Isu berkaitan dengan pekerjan pasti ada yang menarik perhatian seperti dalam artikel di bawah: