![Image from: [VIDEO] Percutian berakhir tragedi, 3 maut dihempap menara batu di Cappadocia](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/RAGAM-BATU-1024x768.jpg)
ANKARA – Tiga orang termasuk seorang warga asing terkorban semalam apabila sebuah menara batu runtuh di wilayah Cappadocia, kata pihak berkuasa.
Wilayah di Turkiye itu menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ia menempatkan batu berbentuk kon dikenali sebagai ‘serombong peri’, terhasil daripada aktiviti gunung berapi purba.
“Berdasarkan penemuan awal, dua orang terkorban dan lima lagi cedera dalam insiden ini,”, kata Menteri Kehakiman Akin Gurlek di platform X.
Pasukan penyelamat kemudian mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan, menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang.
Salah seorang mangsa maut merupakan rakyat asing, manakala dua lagi warga tempatan.
Insiden berlaku pukul 3.15 petang (8.15 malam waktu Malaysia) apabila tanah runtuh mencetuskan runtuhan batu di bandar Goreme berhampiran muzium terbuka.
Kawasan itu telah ditutup sementara siasatan dilakukan. – AFP
@newsbuzzglobal Two people were killed and one injured after a fairy chimney rock formation collapsed near the Göreme Open-Air Museum in Cappadocia, central Türkiye, on October 29. The incident reportedly followed heavy rainfall that triggered a landslide, sending rocks onto people in the area. Emergency teams, including disaster-response personnel and medical staff, were deployed to the site. Authorities continued checking the area for anyone else who may have been trapped beneath the debris. #Turkey #Cappadocia #NewsBuzzGlobal ♬ original sound – Buzz Global
The post [VIDEO] Percutian berakhir tragedi, 3 maut dihempap menara batu di Cappadocia appeared first on Kosmo Online.
