(VIDEO) Pernah Keluar Kenyataan Palest*n Tak Wujud, Sekutu Donald Trump Mat* Ditembak ‘Sniper’

WorldPolitics
11 Sep 2025 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktivis politik konservatif Amerika Syarikat (AS) dan sekutu rapat Donald Trump, Charlie Kirk disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah, menurut pengumuman Presiden AS semalam.

image is not available

Menurut Astro AWANI, Trump menulis di platform Truth Social.

Seorang tokoh hebat, malah legenda, Charlie Kirk, telah tiada.Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat dengan hati generasi muda di Amerika Syarikat selain Charlie.

Beliau disayangi dan dikagumi semua orang, termasuk saya. Kini, beliau tidak lagi bersama kita. Saya dan Melania merakamkan ucapan takziah kepada isterinya, Erika, serta seluruh keluarga. Charlie, kami menyayangimu.

Menerusi beberapa video tular, Kirk dilihat ditembak di leher di hadapan khalayak ramai ketika menghadiri acara di Utah Valley University pada Rabu.

Polis kampus memaklumkan, insiden berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari ketika Kirk berucap di bawah khemah acara yang dipenuhi pelajar. Sejurus bunyi tembakan kedengaran, suasana panik tercetus dan orang ramai menjerit serta berlari untuk menyelamatkan diri.

image is not available

image is not available

Kirk yang terkena tembakan segera dibawa keluar oleh pasukan keselamatan dan dikejarkan ke hospital, namun beliau tidak dapat diselamatkan.

Selain Trump, sekutunya, Benjamin Netanyahu juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Kirk dan menyifatkan ahli politik itu dibunuh kerana bercakap mengenai “kebenaran” dan “mempertahankan kebebasan.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-10 10:44:29

Inkues Zara Qairina : Simulasi Polis Dapati Posisi Jatuh Sepadan Dengan Situasi Tanpa Tolakan