[VIDEO] PM nafi mansuh pencen bekas anggota kabinet

Politics
4 Jan 2023 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diterajuinya akan memansuhkan pencen bekas anggota kabinet.

"Jadi, dakwaan (bahawa) Kerajaan Perpaduan Malaysia akan menimbang untuk hapuskan pencen atau kurangkan pencen (tidak benar).

"Itu tidak munasabah kerana isu ini menyentuh soal Perlembagaan dan ia harus diteliti dan dirujuk semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan kerajaan yang diterajuinya akan memansuhkan pencen bekas anggota Kabinet seperti dibangkitkan beberapa pihak.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Tambun itu berkata, terdapat beberapa tindakan yang diambilnya sebelum ini hanya melibatkan pentadbiran.

Antara langkah yang diambil, Anwar menjelaskan ia membabitkan pemberian kenderaan kepada bekas menteri.

"Bekas menteri yang sebelum ini dapat kemudahan kereta semua saya batalkan. Dari segi peraturan pentadbiran ia tidak langgar Perlembagaan," jelasnya.

View Original Article