VIDEO | Prince Syed cedera dipukul, ibu bapa mentua antara 4 ditahan

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 3:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Empat individu termasuk ibu bapa mentua seorang lelaki yang dikenali di media sosial sebagai Prince Syed ditahan polis susulan kejadian serangan di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2.40 petang, sebelum mangsa berusia 33 tahun tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dipukul oleh beberapa individu dikenalinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Selatan (03-3376 2222).

Baca juga:

Dakwa dihentak dengan topi keledar, ditumbuk di muka

Sebelum ini, media melaporkan mangsa, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, membuat laporan di Balai Polis Klang mendakwa kepala dan mukanya cedera selepas dipukul.

Mangsa mendakwa empat individu berkenaan datang ke hadapan rumah kakaknya sebelum menghentak kepalanya dengan topi keledar beberapa kali serta menumbuk muka.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham namun puncanya masih disiasat.