[VIDEO] PRN Sabah: PBRS sasar letak calon di beberapa kerusi

LocalPolitics
16 Nov 2024 • 3:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Arthur (tengah) ketika menghadiri Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan kali keempat PBRS di SICC, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyasarkan meletakkan calon di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Kita ada calon, mereka pun ada calon, jadi setiap calon itu akan dinilai mana satu yang boleh memberi peluang yang cerah kepada BN.

"Selepas itu BN akan berbincang lagi dengan mana-mana rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang kita akan bekerjasama, mana-mana calon juga akan dinilai nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan kali keempat PBRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Diminta mengulas kawasan mana yang akan ditandingi PBRS, beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, ia masih belum ditentukan lagi kerana masih dalam perbincangan di peringkat parti.

"Sudah disenarai pendek tapi masih dalam perbincangan," katanya.

Tambah beliau, ia mungkin dibincangkan dalam konvensyen BN namun penyelesaiannya akan dibincangkan di peringkat Pusat.