[VIDEO] PRU15: Trafik di Plaza Tol Gombak mulai sesak

17 Nov 2022 • 4:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan trafik sebelum Plaza Tol Gombak.

image is not available
Keadaan trafik ke arah Terowong Genting Sempah.

KUALA LUMPUR – Trafik mulai sesak sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak ke arah Terowong Genting Sempah susulan warga kota pulang ke kampung halaman untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi Facebooknya memaklumkan trafik mulai meningkat arah timur/Bentong dan Bukit Tinggi ke Lentang sejak jam 3.37 petang.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan berhati-hati ketika memandu agar selamat sampai ke destinasi.

Sementara itu, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad dalam kenyataan pada Khamis, mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur, bagi tempoh 18 dan 20 November, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

**media[1988293]**

Menurut kenyataan itu, terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak, esok iaitu pilihan pertama, ke Pahang (dari jam 10 pagi hingga 2 petang), Terengganu dan Kelantan (jam 6 pagi-10 pagi) manakala jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU15.