[VIDEO] Pura-pura histeria elak ditahan

6 Jan 2024 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Polis menjalankan pemeriksaan setiap tangkapan di sebuah kilang kitar semula barang elektronik di Kampung Jalan Kebun, Klang, pada Jumaat.

image is not available
Pekerja asing disoal ketika serbuan di sebuah kilang kitar semula barang elektronik di Kampung Jalan Kebun, di sini pada Jumaat.

image is not available

image is not available
Sebuah khemah kecil dipercayai dijadikan sebagai tempat tinggal pekerja asing di sebuah kilang di Kampung Jalan Kebun, Klang.

image is not available
Antara alatan elektronik terpakai yang dikitar semula di sebuah kilang di Kampung Jalan Kebun, Klang.

KLANG - [DIKEMAS KINI] 'Lakonan' seorang wanita warga China konon mengalami histeria semasa ditangkap ketika serbuan polis di sebuah kilang kitar semula barang elektronik di Kampung Jalan Kebun, di sini pada Jumaat, hanya sia-sia.

Ketika serbuan, wanita yang berada di bilik pejabat dilihat gelabah sebelum berpura hendak pengsan dan muntah.

Sinar Harian yang menyertai operasi Op Bersepadu Pintas itu mendapati wanita terbabit bagaimanapun kelihatan tenang selepas beberapa minit sebelum proses dokumentasi dijalankan.

**media[2487872]**

Lebih menghairankan, wanita yang dipercayai berjawatan tinggi di kilang terbabit turut mendakwa berada di lokasi itu untuk melancong.

Itu antara situasi yang berlaku semasa serbuan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

**media[2487871]**

Selain itu, lebih mengejutkan, pekerja asing yang digajikan hanya diberi tempat tinggal 'cukup syarat', kotor dan sempit.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi pada jam 5 petang itu bertindak menahan 101 orang termasuk empat wanita.

"Seorang tangkapan membabitkan lelaki tempatan berusia 60 tahun iaitu pemilik tanah yang menyewakan kepada warga China untuk operasi kilang terbabit.

**media[2487874]**

"Tangkapan lain berusia 18 hingga 39 tahun pula terdiri daripada warga China (19), Myanmar (10), Bangladesh (61), Nepal (2) dan Kemboja (8)," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang pekerja iaitu lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi berjaya diselamatkan.

Tambahnya, siasatan polis mendapati kilang itu tidak mempunyai lesen perniagaan selain dipercayai kira-kira setahun setengah.

**media[2487873]**

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 selain Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

**media[2487875]**