(VIDEO) Rakam Kaki Terketar, Netizen Dakwa Waris ‘Perli’ Maya Karin – “Benda Tak Lawak”

Entertainment
5 Dec 2022 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon terkenal iaitu Maya Karin Roelcke mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

Menerusi video tular di laman TikTok, Maya dilihat menggigil dan hampir pitam sehingga bertindak menanggalkan kasut tinggi di atas pentas bagi mengurangkan rasa gementar.

Bukan itu sahaja, pelakon Faizal Hussein yang menjadi pasangan penyampai turut cuba membantu untuk menenangkan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu dan membawa kasut tingginya turun pentas.

Susulan itu, tular pula mengenai hantaran TikTok yang dimuat naik oleh penyanyi rap, Waris yang menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil bin Alias merakamkan dirinya dengan keadaan kaki terketar ketika berada di sebuah majlis.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis oleh penyanyi berasal dari Rembau itu telah mengundang persoalan dan spekulasi orang ramai.

Anxiety tidak dibenarkan di sini.

@warisn9

Anxiety tidak dibenarkan di sini ?

? original sound – W.A.R.I.S – W.A.R.I.S

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Waris seolah-olah memerli situasi yang dihadapi oleh Maya.

image is not available

Namun, ada juga segelintir pihak yang menjelaskan mungkin penyanyi lagu Gadis Jolobu itu turut mengalami ‘anxiety’ dan cuba untuk mengawal rasa gementar itu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

Mimpi Ular & Kerap Sakit, Bella Astillah Dedah Terkena Sihir - "Anak Meracau Setiap Hari"