(VIDEO) Rakaman Baru Tersebar, Tangmo Nida Didakwa Sedang Bercuti Di Australia?

Entertainment
12 Jan 2023 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kes kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida sememangnya memberi kesan bukan saja kepada netizen di negara tersebut, malah di Malaysia juga kes terbabit boleh dikatakan menjadi tumpuan.

Bagaimanapun, kematiannya sejak 24 Februari 2022 lalu bagaikan tiada titik noktah biarpun kesemua tertuduh sudah turun naik mahkamah menjalankan dan keputusan akhir nasib mendiang belum disahkan secara rasmi.

Terbaharu, tersebar satu video memaparkan wanita mirip Tangmo sedang bercuti di Australia dan ia sememangnya membuat ramai berasa terkejut melihatnya.

Lagi membuatkan netizen tertanya kerana sepanjang pihak berkuasa di Thailand menjalankan siasatan selama 11 bulan, ini merupakan kali pertama rakaman tersebut dipaparkan.

Bukan itu saja, malah ada membuat andaian bahawa wanita Thailand itu telah dijual kepada pihak mafia luar negara dan berkata tubuh Tangmo masih belum di jumpai.

Malah berkata pihak forensik tidak mendedahkan identiti sebenar mayat yang mereka temui di Sungai Chao Phraya, Februari tahun lalu.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen video yang memaparkan wanita mirip Tangmo itu, netizen kebanyakkan sudah berasa ‘bosan’ mendengar kes pembunuhan yang tiada kesudahan ini.

Tambahan lagi, ada juga meminta orang ramai berhenti berharap selebriti terbabit masih hidup serta terima kematiannya dengan ikhlas.

image is not available 4 bulan lalu

Ibu Tangmo Tarik Balik Saman, Dapat Hadiah Subang Mutiara Dari Suspek Dan Wang Pampasan 2 Juta Baht