(VIDEO) “Rakyat Malaysia Mempunyai Banyak Sebab Untuk Gembira” – Pelancong Kagum Tengok R&R Malaysia, Puji Paling Terbaik!

LocalTravel
24 Sep 2025 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalu kita dengar rakyat Malaysia puji luar negara, tapi kali ni lain macam sikit! Seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Terry Pernell, tular di TikTok selepas memuji kemudahan R&R di Malaysia ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Terry dengan penuh semangat berkata dirinya kagum melihat R&R yang disinggah kerana dilengkap dengan pelbagai kemudahan, pilihan makanan pelbagai kaum serta banyak lagi.

Saya tidak pernah melihat R&R yang lengkap seperti ini di Amerika. Tempat letak kereta pun ada. Sangat menakjubkan. Rakyat Malaysia mempunyai banyak sebab untuk gembira.

Dalam pada itu, pelancong tersebut turut berkata dia pernah mengunjungi R&R di negara lain tetapi tidak mempunyai servis yang baik seperti di Malaysia.

Terdapat banyak makanan dan minum. Sangat mewah. Saya sudah pergi banyak tempat tetapi R&R Malaysia yang paling terbaik.

image is not available 2025-09-23 14:44:03

Wanita 'Scam' Pakej Pelancongan Berjumlah Ratusan Ribu, Mangsa Berjaya Terjah Di Restoran 'Area' KLCC