(Video) Ramai Sakit Hati Tengok Lakonan Otai Zamarul Hisham, Rupanya Ada Yang Alami Nasib Serupa

Entertainment
30 Sep 2022 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular kini di media sosial drama Aku Tanpa Cintamu lakonan pelakon otai Zamarul Hisham bersama pelakon baru, Bella Astillah. Drama 15 episod ini berkisarkan Nuha yang terperangkap dalam hubungan toksik selepas berkahwin dengan Adam.

Setiap gerak geri Nuha diawasi serta diatur Adam membuatkan Nuha didera secara fizikal dan emosi. Adam yang panas baran sering menengking sehingga sanggup menyumbat kertas ujian kesuburan yang dijalani Nuha tanpa pengetahuannya.

Meninjau ke Instagram, Bella yang melakonkan watak Nuha mengakui berasa sedih ketika melakonkan babak ini.

image is not available

Dia terbayang masih ada isteri di luar sana yang perlu melalui hari-hari menyakitkan seperti Nuha. Namun disebabkan rasa sayang terhadap suami, dia masih bertahan dan taat.

image is not available

Di TikTok, ada netizen mengucapkan terima kasih di atas lakonan hebat Zamarul Hisham dan Bella Astillah. Wanita ini mengakui apa yang berlaku serupa dengan kisah hidupnya dan ini merupakan jawapan mengapa dia nekad berpisah dengan suami.

image is not available

image is not available

image is not available

Sementara itu di ruangan komen perkongsian, ramai lagi isteri-isteri di luar sana meluahkan perkara yang sama apabila menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Apa-apa pun salute lakonan hebat Zamarul Hisham dan Bella Astillah, walaupun hanya lakonan tapi sakit hati sangat dengan perbuatan Adam tu. Nuha pula tak habis-habis minta maaf.

Kredit: Instagram Bella Astillah | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article