(VIDEO) Rambut ‘Mangkuk’ Sering Dibahan Netizen, Shila Amzah Bawak Ubai Buat ‘Make Over’

22 Feb 2023 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penampilan kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai sering menjadi kritikan netizen yang mengatakan gaya rambut mangkuk atau ‘bowl cut’ itu menampakkan dirinya seperti ‘budak-budak’.

Bukan itu sahaja, ramai netizen yang memberi cadangan kepada Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli untuk menukar gaya rambutnya agar kelihatan lebih dewasa dan matang.

Baru-baru ini, Shila telah membawa teman lelakinya itu ke kedai gunting rambut untuk memberikan nafas baru kepada penampilan Ubai.

Rambut Ubai kena hijack dengan Sha. Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam kat saloon.

Malah, penyanyi berusia 32 tahun itu turut bertanya pendapat orang ramai mengenai penampilan terbaharu kekasihnya itu dan mengakui gemar melihat gaya rambut tersebut.

Korang suka tak? sebab Sha suka.

@shilaamzahofficial

Rambut @Ubai Mz Kena hijack Dengan sha ? Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam Kat saloon ?

? Miss you – Official Sound Studio

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dan menyukai perubahan yang dilakukan oleh Ubai.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji penampilan terbaharu kekasih kepada penyanyi lagu Patah Seribu itu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 11 jam lalu

"The Real One In A Million. Budi Pekerti Elok, Personaliti Terjaga" - Netizen Kagum Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved