(Video) Reaksi Terkejut Gelandangan Dapat Epal Undang Sebak Orang Ramai

Entertainment
15 Mar 2023 • 4:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Setiap manusia akan sentiasa menghadapi keperitan dalam hidup. Baru-baru ini pula, muncul satu kejadian yang telah mengundang sebak orang ramai.

Tular di media sosial mengenai video seorang lelaki memberi sebiji epal kepada seorang gelandangan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Undang sebak

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Herman sedang menunggu di dalam kereta dan ternampak seorang gelandangan sedang mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain.

Herman memberikan sebiji epal kepada gelandangan tersebut dan reaksi gembiranya sedikit sebanyak mengundang perasaan sebak netizen yang melihat video itu.

Kerana sebiji epal, gugur air mata.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berasa sedih dan mengucapkan rasa syukur dengan rezeki yang mereka ada.

image is not available

image is not available

Haih, tiba-tiba mata kami pun masuk habuk juga.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media