(VIDEO) Rebah Sesudah Sampai Di Garisan Penamat, Wanita Dijemput Ilahi Masa Sertai Lari Dalam Guni

22 Aug 2023 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berlaku di Indonesia beberapa hari lalu, seorang wanita dijemput Ilahi sewaktu dirinya sedang bermain dalam satu acara lumba lari dalam guni.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik di laman TikTok itu, pelbagai lapisan masyarakat menghadirkan diri ke acara sukaneka sempena menyambut hari kemerdekaan republik Indonesia yang ke-78.

Penduduk setempat turut bersorak buat dua wanita yang sedang berlari dalam guni menuju ke garisan penamat.

Sampai sahaja di garisan penamat, wanita yang memakai baju berwarna putih berusia 36 tahun itu rebah dan kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk dapat rawatan lanjut selepas tidak menyedarkan diri.

Bagaimanapun, wanita tersebut difahamkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebelum menerima rawatan.

Punca kematian wanita itu disebabkan kelelahan sewaktu menyertai sukan larian yang dianjurkan itu.

image is not available 1 year ago

"Anak Pun Tak Selamat" - Isteri Hamil 8 Bulan Mengadu Sakit Kepala, Kena Sawan Tiba-Tiba & Meninggal Dunia