[VIDEO] Rumah hijau kebal banjir lumpur, ramai lega penghuni selamat

WorldHome & Living
28 Aug 2026 • 11:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Rumah hijau kebal banjir lumpur, ramai lega penghuni selamat

PETALING JAYA – Detik cemas sebuah keluarga yang berlindung di tingkat atas sebuah rumah ketika banjir lumpur melanda Nepal mencuri perhatian selepas kediaman mereka kekal teguh meskipun rumah di sekitarnya lenyap dihanyutkan arus deras.

Menerusi satu video yang tular di Thread, kelihatan beberapa penghuni berada di tingkat atas rumah berkenaan ketika arus banjir lumpur mengganas di sekeliling mereka.

Situasi itu mengundang kebimbangan orang ramai apabila sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah berwarna hijau tersebut tidak mampu bertahan sebelum dihanyutkan arus deras.

Keadaan itu menyebabkan ramai tertanya-tanya mengenai nasib penghuni rumah itu yang kelihatan masih terperangkap di bahagian atas kediaman mereka.

Bagaimanapun, satu lagi video yang dipercayai dirakam selepas banjir lumpur surut memberikan sedikit kelegaan apabila rumah berkenaan masih kelihatan teguh dengan penghuni rumah tersebut dilaporkan terselamat daripada bencana berkenaan.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita berdiri di bahagian bumbung rumah sambil mengibarkan kain berwarna merah dipercayai sebagai isyarat untuk mendapatkan bantuan.

Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan rumah terbabit kebal sehingga menyelamatkan penghuninya.

“Apa sahaja bahan untuk membina rumah itu, saya mahu rumah saya dibina daripadanya. Sungguh menakjubkan mereka terselamat,” kata Tshea.

“Kontraktor yang membina rumah ini layak menerima anugerah Nepal Ratna Man Padavi,” kata Amaya.

“Lumpur dan air hampir sampai kepada mereka, tetapi tidak dan mereka selamat! Satu kemenangan kecil dalam tragedi yang mengerikan ini,” kata Carolyn. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Rumah hijau kebal banjir lumpur, ramai lega penghuni selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved