(Video) Saling Berbalas-Balas Nyanyian, Netizen Tanya DSV dan Iqbal ‘Getback’ Ke?

Music
5 Aug 2022 • 4:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang kita tahu, kisah percintaan dua usahawan berjaya, Dato Seri Vida dan Iqbal hangat diperkatakan sehinggakan mereka bercadang mahu mengikat tali perkahwinan.

Namun, hasrat mereka untuk berkahwin tidak tercapai bahkan hubungan cinta yang terjalin antara dua usahawan berjaya itu putus di tengah jalan.

Tular video mesra di TikTok

Terbaru, tular satu video memaparkan Dato Seri Vida yang sedang menjalani penggambaran bersama-sama Iqbal di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik @__akakaiskrim itu, dapat dilihat Iqbal dan DSV saling berbalas nyanyian ketika sesi penggambaran dijalankan.

Iqbal dan DSV menyanyikan lagu single masing masing berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan yang menggambarkan perasaan mereka selepas berlakunya perpisahan di antara mereka.

Dapat dilihat juga, pelakon Azad Jasmin berada di situ menjadi pengarah dan penyanyi latar.

Kalau kahwin, jodoh diorang memang kuat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah dipaparkan dua usahawan itu malah ada juga yang tertanya-tanya mengenai status hubungan DSV dan Iqbal sekarang.

image is not available

image is not available

image is not available

Usia itu sekadar nombor aja, kalau bercinta balik pun apa salah nya kan?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media