[VIDEO] Sambut hari lahir di Parlimen, Nancy Shukri teruja dapat tahu rahsia ‘BASS’

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 4:32 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun kelahiran Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri semalam menjadi lebih istimewa apabila beliau menerima satu ‘hadiah’ yang cukup bermakna iaitu mengetahui rahsia di sebalik nama ‘BASS’.

Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh Nancy menerusi akaun TikTok miliknya, memaparkan suasana mesra dan ceria ketika majlis sambutan kecil-kecilan diadakan di sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen.

@nancyshukri_ Surprise Birthday menjadi! image is not available Katanya ada meeting dengan team saya. Masuk saja office Parlimen tak sangka mereka dah ready cake Alhamdulillah, special betul ulang tahun kali ni disambut bersama mereka yang telah menjadi teman dalam setiap langkah perjalanan ini image is not availableimage is not available Ps: Hadiah birthday harini saya dapat tahu rahsia BASS image is not available @Syed Saddiq @Hanifah Hajar Taib @Datuk Hajah Rubiah Wang @Ahmad Zahid Hamidi @Dr Noraini Ahmad #fyp #BASS #birthday #NancyShukri ♬ original sound – NancyShukri

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan rapat beliau dalam arena politik, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Alhamdulillah, istimewa betul kali ini sambut dengan mereka yang menjadi teman dalam setiap langkah ini,” tulis Nancy dalam kapsyen videonya.

Namun, yang paling mencuri perhatian adalah kapsyen di hujung video tersebut.

“Hadiah hari jadi hari ini, dapat tahu rahsia BASS.”

Kapsyen itu menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan netizen, memandangkan Nancy tidak menjelaskan secara terperinci apakah sebenarnya maksud ‘BASS’.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memuat naik satu hantaran di Instagram sebagai tanda penghargaan kepada Nancy yang disifatkannya sebagai mentor dan individu yang memberi peluang kepadanya ketika masih bergelar mahasiswa.

“Ianya satu penghormatan untuk berkhidmat dengan anda. Saya masih berada di universiti dan kamu beri saya peluang.

“Sesetengah kenangan memang tak dapat dilupakan dan bekerja dengan anda adalah salah satunya,” katanya.

Menambahkan lagi kemeriahan momen tersebut, video turut memaparkan detik Syed Saddiq membisikkan sesuatu di telinga Nancy sambil disambut gelak tawa para tetamu lain, mencerminkan hubungan yang akrab dan penuh penghargaan antara mereka.

View Original Article