(Video) Sanggup Ke Kereta Ambil Cap Jari Pelanggan Strok, Pegawai Bank Ini Dipuji Netizen

4 Oct 2022 • 4:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, kita sering mendengar kisah negatif melibatkan layanan pegawai bank terhadap pelanggannya.

Ada yang mendakwa pegawai bank tidak bertolak ansur sehingga pesakit dipaksa berkatil ke bank untuk menyelesaikan urusan mereka.

Terbaru, netizen memberi pujian kepada seorang pegawai bank di CIMB cawangan Machang, Kelantan yang telah memudahkan urusan seorang pesakit strok.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, si anak berkata ibu mahu mengeluarkan duit tetapi tertinggal kad pengenalan asal di rumah.

Mereka membawa salinan kad pengenalan sahaja. Untuk pulang semula ke rumah, perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam.

Dengan budi bicara pihak bank, ibu dibenarkan mengeluarkan duit menggunakan salinan IC tersebut. Malah, pegawai bank sendiri berjalan ke kereta mengambil cap jari ibu.

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, ramai yang memuji pegawai bank yang telah memudahkan urusan pesakit strok tersebut. Iyalah takkan kena balik semula ke rumah kan? Dua jam perjalanan tu…

Kredit: TikTok @s..nass

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.