[VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad

LocalFamily & Parenting
18 Jul 2026 • 11:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Ibu kepada lelaki yang hilang sejak Jun lalu reda dengan pemergian anaknya selepas lebih sebulan menanti penuh harapan.
Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Ibu kepada mangsa, Salmah Shamsudin.
Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah bersama ibu mangsa Shahir Zainul, Salmah Shamsudin, 72, dan anak mangsanya, Muhammad Ali Imran, 15, semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan Shahir Zainul, 45, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru dekat sini, sejak 10 Jun lepas. Foto Bernama.
Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Ibu kepada mangsa, Salmah Shamsudin, 72, menunggu di lokasi kehilangan anaknya, Shahir Zainul, 45, sementara anggota polis memasuki kawasan semak ketika melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesannya selepas dilaporkan hilang sejak keluar dari rumahnya di Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru, dekat sini pada 10 Jun lepas. Foto Bernama.
Image from: [VIDEO] Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab (dua, kanan) mengadakan sidang media berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan Shahir Zainul, 45, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru, dekat sini pada 10 Jun lepas. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Ibu kepada lelaki yang hilang sejak Jun lalu reda dengan pemergian anaknya selepas lebih sebulan menanti penuh harapan.

Bagaimanapun, Salmah Shamsudin mengakui kehilangan itu tetap meninggalkan kesedihan yang sukar digambarkan buat seluruh keluarga.

Wanita berusia 72 tahun itu berkata, berita mengenai kematian anak bongsunya diterima selepas solat Isyak pada malam Jumaat apabila dimaklumkan oleh seorang rakan Allahyarham.

Menurutnya, sebaik menerima perkhabaran tersebut, dia bersama ahli keluarga terus bergegas ke hospital bagi mendapatkan kepastian.

Katanya, walaupun berita yang diterima amat menyayat hati, dia bersyukur penantian yang menghimpit perasaan sejak kehilangan Shahir akhirnya terjawab.

“Macam mana pun kami sekeluarga reda. Sekurang-kurangnya kami dah tahu apa yang berlaku dan di mana dia berada. Selama ini kami hanya tertanya-tanya dan berharap dia akan pulang.

**media[3586149]**

“Memang berat untuk terima kenyataan ini. Sebagai ibu, hati mana yang tidak sedih tetapi saya cuba pujuk hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Salmah merupakan ibu kepada Shahir Zainul, 46 yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada jam 5 pagi, 10 Jun lalu atas alasan mahu mencari durian di sebuah dusun di Relau.

**media[3586151]**

Satu laporan polis dibuat mengenai kehilangan lelaki itu pada 12 Jun oleh keluarganya.

Susulan daripada itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa terbabit yang dilaporkan hilang di dusun durian, Lebuh Bukit Jambul pada jam 10.30 pagi Jumaat.

Bagaimanapun, operasi SAR telah ditamatkan pada jam 12 tengah hari kerana tiada sebarang petunjuk berhubung lokasi keberadaan mangsa di kawasan berkenaan.

**media[3586150]**

Dalam pada itu, Salmah berkata, dua anak Allahyarham berusia 15 dan 13 tahun akan terus berada di bawah jagaannya seperti sebelum ini.

Menurutnya, kedua-dua cucunya telah dibesarkan olehnya sejak kecil malah cucu bongsunya mula tinggal bersamanya ketika berusia kira-kira setahun dua bulan.

“Dua-dua anak itu akan tinggal dengan mak cik. Dari kecil lagi mereka memang duduk dengan mak cik dan mak cik akan terus menjaga mereka,” katanya dalam nada sebak.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved