[VIDEO] Semak tebal, laluan MRT Cyberjaya City Centre macam ‘hutan’

4 Sep 2026 • 2:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Semak tebal, laluan MRT Cyberjaya City Centre macam ‘hutan’

PETALING JAYA – “Kalau ular lalu pun tak perasan.”

Demikian luahan seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan keadaan kawasan hentian bas berhampiran MRT Cyberjaya City Centre (PY40) yang didakwa dipenuhi semak sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna.

Menerusi hantaran di Threads hari ini, pemilik akaun Shahimazril turut menujukan tegurannya kepada Rapid KL sambil mempersoalkan sama ada tiada kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan di kawasan berkenaan.

“Semaknya stesen bas MRT Cyberjaya City Centre ni.. @myrapidkl xde orang nak mesin rumput ke? Kalau tak ada upah saya je. Ini kalau ular lalu pun tak perasan ni,” katanya.

Hantaran tersebut turut disertakan video menunjukkan keadaan kawasan sekitar hentian bas serta laluan pejalan kaki di stesen berkenaan dipenuhi rumput dan semak yang kelihatan panjang serta tidak terurus.

“Viralkan. Ini antara stesen MRT yang paling sedih saya pernah pergi,” kata @ainsan657. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Semak tebal, laluan MRT Cyberjaya City Centre macam ‘hutan’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved