[VIDEO] ‘Semoga setiap doa yang kamu langitkan, Allah makbulkan’

16 Nov 2026 • 12:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Semoga setiap doa yang kamu langitkan, Allah makbulkan’

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal memberhentikan motosikalnya untuk menyelamatkan seekor kucing dipercayai dilanggar kenderaan mengundang rasa sebak dan turut mendapat doa daripada seorang wanita yang menyaksikan kejadian itu.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @izzhatqh meluahkan rasa terharu terhadap tindakan penunggang motosikal itu yang sanggup mengubah haluan perjalanannya selepas menyedari seekor kucing berada dalam keadaan cedera di tengah jalan.

Lebih menyentuh hati, wanita itu turut memaklumkan dia berusaha membantu dengan menahan kenderaan lain daripada melalui kawasan berkenaan bagi memberi ruang kepada penunggang motosikal tersebut mengalihkan kucing berkenaan.

“Dik, akak doakan kamu mudah-mudahan kehidupannya. Di hari hujan ini, moga setiap doa yang kamu langitkan, Allah makbulkan selengkapnya.

“Kamu nak ke kanan, tapi kamu potong ke kiri sebab nampak meow (kucing). Sedihnya. Terima kasih selamatkan kucing itu. Akak hanya mampu tolong tahan kereta, jangan bagi lalu,” katanya.

Dia turut berharap segala kebaikan yang dilakukan penunggang motosikal itu dibalas dengan kemudahan dalam setiap urusan kehidupannya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna @puteraelrachid memaklumkan berita menyedihkan apabila kucing berkenaan mati sebelum dia mengambil dan menanam haiwan tersebut.

“Terima kasih akak dan abang motor tahan kereta dan alihkan kucing ini. Berita sedih, kucing ini dah mati. Saya dah ambil dan tanam dia,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat keprihatinan penunggang motosikal terbabit.

“Sebak nak menangis sebab perasan akak turut membantu adik ini dengan mengalihkan kereta supaya orang lain tidak lalu. Allahuakbar, dua-dua insan hebat. Semoga Allah permudahkan urusan korang berdua hari-hari,” komen @sshaaayusof_.

Seorang lagi pengguna @wnmzzm pula menyifatkan tindakan menyelamatkan haiwan dalam keadaan hujan lebat sebagai satu perbuatan ihsan yang wajar dihargai.

“Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan dunia akhirat pada rider (penunggang motosikal), pemilik dashcam (kamera papan pemuka) dan kereta-kereta yang berhenti itu. Amin,” tulisnya.

“Ya Allah, kucing itu menggelupur lagi. Sakitnya kamu sayang. Tapi sekarang kamu dekat tempat yang tak ada sakit-sakit dah. Rehatlah sayang. Dunia ini terlalu keras untuk haiwan jalanan macam kamu,” komen @f4iry.dust00 pula. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Semoga setiap doa yang kamu langitkan, Allah makbulkan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved