(VIDEO) “Semua Jenis Pencuci ‘Miss V’ Adalah Scam” – Doktor Tegur Para Wanita Jangan Tertipu

Beauty
29 Jun 2022 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penjagaan faraj merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan oleh para wanita. Oleh itu, kebanyakan wanita lebih gemar untuk membersihkan bahagian alat sulit mereka dengan menggunkan pencuci sabun ‘Miss V’.

Namun, baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu perkongsian video oleh seorang doktor dikenali sebagai Amirah Azlan yang menegur tentang pengguna sabun ‘Miss V’ adalah sebenarnya tidak diperlukan dan tidak bagus untuk kesihatan faraj wanita.

Menerusi video tersebut, doktor itu menegur penjual sabun ‘Miss V’ yang mendakwa pencuci yang dijualnya tidak berbau wangi dan sebaliknya berbau herba.

image is not available

All feminine hygiene wash is a scam. Awak tak perlu beli, kalau awak beli jugak awak telah membazirkan duit awak untuk perkara yang tak perlu.

Tegasnya, ‘Miss V’ memang sepatutnya berbau seperti ‘Miss V’ dan tidak boleh berbau seperti buah-buahan, wangi-wangian, mahupun herba.

Malah, keputihan merupakan suatu perkara normal selagi ianya tidak berbau hanyir seperti ‘ikan busuk’ ataupun berasa gatal di bahagian alat sulit wanita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan pencuci ‘Miss V’.

Founder claim keputihan tu penyakit kronik sebab nak jual product dia promote sampai loya – netizen.

Dulu pernah pakai, lepastu makin teruk keputihan. Lama-lama malas dah pakai. Terus okay dah keputihan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Baru Tahu Boleh Makan" - Netizen Terkejut Wanita Redah Tasik Taiping Cari Bunga Lili Air, Siap Makan Mentah