
Selepas menyambut hari jadinya yang ke-57 tahun pada 2 November lepas, pelakon Shah Rukh Khan kini dilihat memakai ihram di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah pada hari Khamis (1 Disember 2022).

Kelibat Shah Rukh Khan di Tanah Suci Makkah itu berjaya ditangkap peminat yang menecam wajahnya walaupun memakai pelitup muka. Difahamkan, ini merupakan kali pertama beliau dilihat mengerjakan ibadah itu.
Saya sangat gembira melihat Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah. Semoga doa dan ibadah kamu diterima Allah. Saya rasa mahu menangis melihat video ini. – Kata seorang peminat.
Berdasarkan laporan Hindustan Times, beliau baru sahaja selesai penggambaran untuk filem ‘Dunki’ yang dilakukan sekitar Arab Saudi. Beliau turut telah menghadiri Festival Filem Laut Merah baru-baru ini dan sekarang beliau memilih pula untuk menunaikan ibadah umrah.
Kredit: TikTok
The post (Video) Shah Rukh Khan Dilihat Memakai Ihram Di Makkah, Kerjakan Ibadah Umrah Buat Pertama Kali appeared first on Oh! Media.


