(VIDEO) “Siapa Yang Salah?”- Penunggang Motosikal Tiba-Tiba Brek Depan Kereta ‘Sound’ Pemandu

Cars
21 Jul 2022 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Oleh itu ramai pemandu mula memasang dashcam bagi tujuan keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

Berikutlah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di mana rakaman dashcam miliknya menunjukkan dia hampir terlanggar seorang penunggang motosikal.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat penunggang motosikal itu secara tiba-tiba membrek kecemasan di hadapan kereta walaupun telah berjaya memotong.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu turut menunjukkan isyarat tangan yang seakan-akan memberi amaran supaya pemandu itu lebih berhati-hati.

Pemilik video juga memberitahu bahawa dia memandu dalam keadaan perlahan kerana terdapat banyak kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Meninjau di ruangan komen, sesetengah warganet menyebelahi penunggang dan ada juga yang menyebelahi si pemandu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Walau apa pun, berhati-hatilah semasa menggunakan jalan raya kerana malang tidak berbau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Arwah Yang Paling Tak Sabar Menanti"- Lelaki Terlibat Kemalangan Tak Sempat Sambut Kelahiran Anak Ketiga