[VIDEO] Sibuk mesin rumput, tak perasan ular ‘santai’ atas kepala

27 Oct 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sibuk mesin rumput, tak perasan ular ‘santai’ atas kepala

PETALING JAYA – “Tak perasan langsung ada ular berbisa atas dahan pokok. Padahal baru lepas lalu bawah pokok tu.”

Itu perkongsian seorang lelaki yang terkejut apabila menyedari seekor ular berbelang hitam dan kuning sedang ‘bersantai’ di atas sebatang pokok selepas sibuk memotong rumput serta membersihkan sebuah kawasan semak samun.

Menerusi hantaran di media sosial, lelaki itu yang menggunakan profil @Gmannordin berkata, dia baru sahaja melalui kawasan bawah pokok tersebut.

“Allahuakbar, meremang bulu roma sekejap. Tengah sibuk mesin rumput dan bersihkan kawasan tak perasan langsung ada ular berbisa atas dahan pokok. Nasib tak kena ‘drop call’ (menjunam) dari atas! Alhamdulillah, Allah masih pelihara. Betul-betul tak nampak tadi,” katanya.

Perkongsian itu turut disertakan dengan video ular berkenaan yang dilihat sedang melingkar di atas dahan pokok.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen.

“Saya tengok video ini saya dah meremang. Ini pula yang depan mata,” ujar @Faizamindaud.

“Lantak la tiong ke tiang, nampak depan mata memang aku lari,” komen @Xeemeyraxee.

“Ular tidur siang, malam aktif. Kalau nampak cahaya, dia agresif,” kongsi @Skhtaklhnkltknmakpa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Sibuk mesin rumput, tak perasan ular ‘santai’ atas kepala appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved