(VIDEO) “Sorry, Azlan ‘Feeling’ Dia Lagi Menusuk” – Tular Peserta X Factor Indonesia Nyanyi Lagu ‘Jangan Khianati Aku’, Juri Semua Terpukau

Music
24 Jan 2024 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang lelaki yang merupakan salah seorang peserta pertandingan nyanyian popular, X Factor Indonesia tular gara-gara suaranya.

 

Semua juri terpukau

Menerusi rakaman yang tular, lelaki bernama Kris Tomahu itu memilih untuk menyanyikan lagu Jangan Khianati Aku nyanyian asal band dari Malaysia, Azlan & The Typewriter.

Ketika sampai bahagian chorus, Kris menonjolkan vokalnya membuatkan barisan juri terpukau malah salah seorang daripada mereka, Bunga Citra Lestari memberikan mimik muka seakan tidak percaya.

Judika juga dilihat berasa puas menontonnya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali dan akui sudah menjadi peminat kepada Kris Tomahu.

Tahniah, ini hebat sangat. Aku sangat minat dengan Kris Tomahu.

@asbhsnn ℙℕKris Tomahu – Jangan Khianati Aku (Azlan&The Typewriter)♬ original sound – Аꢺ ᕼꕶ

 

Netizen membandingkan

Menerusi ruangan komen di TikTok pula, ramai dilihat membandingkan Kris dengan penyanyi asal di mana rata-ratanya berpendapat penyampaian Azlan lebih menusuk.

Kata mereka, apabila Azlan yang menyanyikan lagu itu emosi dan rasa kecewa itu sampai kepada penonton sesuai dengan maksud lagu tentang dikhianati.

Suara dia sedap, stabil. Tapi feeling tu, sorry bro (kalau) Azlan feeling dia nyanyi tu menusuk dada ni.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Bagaimanapun, ramai akui Kris mempunyai suara yang sedap dah memujinya kerana bukan mudah untuk menyanyikan lagu dengan vokal sebegitu.

image is not available 2 weeks ago

(VIDEO) "Nyanyi Ke Bercakap??" - Fathia Latiff 'Meroyan' Sebab Nak Promosi Lagu Baharu? Netizen Kata Macam Bersyair...