(VIDEO) Sufian Suhaimi Tayang ‘Girlfriend’, Netizen ‘Approve’ – “Kening Nipis, Lagi Lawa Dari El…”

Music
30 Apr 2023 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas lama menyendiri, penyanyi, Sufian Suhaimi akhirnya mendedahkan identiti teman wanitanya ketika menghadiri majlis akad nikah rakan artis, Aiman Tino di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu enggan memberitahu nama sebenar kekasih hatinya itu dan memaklumkan dia hanya memanggilnya dengan gelaran sayang.

Betul, itulah teman wanita saya. Usianya 23 tahun. Dia masih lagi menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian.

image is not available

Jelasnya lagi, dia tidak mahu terlalu mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana bimbang perkara itu buatkan kekasihnya tidak selesa.

Bukan nak berahsia tapi saya tak nak terlalu berkongsi. Kalau keluar sama-sama, kami buat macam biasa, tak ada pula sorokkan hubungan kami.

Dalam pada itu, Sufian memaklumkan dia mengenali wanita berkenaan daripada seorang kawan sejak tahun lalu.

Keluarga masing-masing pun dah tahu hubungan kami cuma belum berjumpa lagi.

Meninjau di ruangan komen di sebuah portal hiburan, rata-rata netizen memberi bayangan bahawa kekasih baharunya itu lebih baik daripada bekas kekasihnya yang juga merupakan pelakon, Elfira Loy.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji kecantikan wanita itu dan mengatakan penyanyi lagu Di Matamu itu sememangnya layak untuk mendapatkan kebahagiaan selepas dikecewakan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Disuruh Tutup Aurat Sejak Kecil, Alya Iman Mengaku Pakai Tudung Sebab Arwah Bapa