[VIDEO] Sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim

7 May 2024 • 1:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini. Gambar fail

SEBANYAK 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, pihaknya akan memastikan kawalan keselamatan pada tahap yang tertinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

"Kita tidak kompromi terhadap keselamatan dan kawalan keselamatan adalah pada tahap yang tertinggi.

"Sesiapa yang ingin menonton di stadium boleh pergi tanpa sebarang kerisauan," katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini pada Selasa.

Beliau turut meminta orang ramai mendengar segala arahan oleh pegawai dan anggota polis bertugas selain tidak mencetuskan sebarang provokasi.

Perlawanan sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu melibatkan juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved