Video ‘sweet’ bersama suami, netizen dakwa Watie hamil

Entertainment
24 Nov 2023 • 10:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen dakwa isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah hamil selepas suaminya berkongsi foto berbentuk video di laman Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dan suaminya kelihatan memakai baju sedondon sambil berpelukan.

Netizen dakwa Watie hamil

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah dress yang dipakai Watie kelihatan sedikit besar pada bahagian perut apatah lagi ditutupi dengan jambangan bunga ros.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita berusia 35 tahun itu kelihatan seperti sedang berbadan dua, ditambah pula lagu yang seperti membawa maksud istimewa.

Macam hamil je?

image is not available

Watie hamil kot?

image is not available

Lagu bawa maksud indah…

image is not available

Namun begitu, difahamkan pasangan tersebut sedang bercuti bersama keluarga selain tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan netizen itu.

Terdahulu, Watie pernah mencetuskan tanda tanya apabila ibu mertuanya meninggalkan komen supaya berkongsi ‘keputusan’ hospital pada video yang memaparkan dirinya berada di sebuah pusat perubatan.

“Nanti keputusan bagitau mama ye enja” katanya.

image is not available

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu dengan mas kahwin RM8,288, sebagai simbolik kepada tarikh lahir Watie iaitu 8 Februari 1988.

Sumber: Instagram Shuib