[VIDEO] ‘Tak Keruan’ Setelah Terserempak Hantu Raya, Netizen Merasa Kasihan Dengan Pak Guard Ini

24 Apr 2023 • 1:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kasihan nya dia, mesti dia trauma..’ – netizen

[VIDEO] ‘Tak Keruan’ Setelah Terserempak Hantu Raya, Netizen Merasa Kasihan Dengan Pak Guard Ini. Sebuah video yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang terkejut dan tak keruan setelah terserempak dengan hantu raya.

Video tersebut telah tular di laman sosial dan raih perhatian netizen sekaligus menimbulkan rasa kasihan terhadap pengawal tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Semoga pengawal keselamatan tersebut baik-baik saja

Menerusi video yang telah tular di laman sosial, seorang pengawal keselamatan warga Nepal dilihat dalam keadaan tak keruan dan menggigil seolah dalam ketakutan.

Difahamkan menerusi kapsyen video tersebut, pengawal tersebut bertindak luar kawalan setelah terserempak dengan ‘entiti’ yang menyeramkan ketika sedang bertugas.

image is not available
[VIDEO] ‘Tak Keruan’ Setelah Terserempak Hantu Raya, Netizen Merasa Kasihan Dengan Pak Guard Ini

Dalam video berdurasi 35 saat itu, beberapa orang turut datang untuk menenangkan sambil menepuk dada pengawal tersebut. Dalam keadaan menangis ketakutan, pengawal tersebut rebah secara tiba-tiba rebah.

Lihat video penuh di bawah:

Majoriti netizen meninggalkan komen rasa seram, pada masa yang sama turut bersimpati terhadap pengawal keselamatan itu.

Walau bagaimanapun, tempat kejadian tersebut berlaku tidak dinyatakan oleh individu yang memuat naik video tersebut. Majoriti netizen meninggalkan komen rasa seram, pada masa yang sama turut bersimpati terhadap pengawal keselamatan itu.

Ramai yang menganggap pekerjaan sebagai pengawal keselamatan adalah tugas yang sangat penting dan berisiko tinggi, terutamanya ketika harus menjaga kawasan yang besar dan terdedah kepada pelbagai ancaman seperti pencuri, penyamun, dan lain-lain.

image is not available

Baca juga kisah seram di Medan Hamidah, Kuching ini. Lihat pautan di bawah: