(VIDEO) “Tak Kira Umur..” – Gigih Belajar Mengeja Semula, Nenek Ini Sentuh Hati Netizen

22 Jun 2022 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aiza Jasmin memaparkan neneknya yang sedang belajar mengeja telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Jasmin memaklumkan bahawa neneknya telah berhenti sekolah ketika sewaktu di usia muda.

Oleh yang demikian, dia dan neneknya akan mengadakan sesi mengeja bersama demi membantu neneknya belajar semula.

image is not available

I can see her love for learning.

Malah, gadis itu turut berkata neneknya juga berharap dia mendapat peluang untuk meneruskan sekolah seperti kanak-kanak lain pada zamannya dahulu.

Sehingga kini, video perkongsian gadis itu telah berjaya meraih 619.1K tontonan, 120.4K tanda suka dan 2.1K komen di aplikasi TikTok.

@itsaizajustmint

School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school ?? #grandmasoftiktok #learningisfun

? New Home – Frozen Silence

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut tersentuh hati melihat kegigihan seseorang yang sudah lanjut usia seperti nenek itu namun masih ada keiinginan untuk mencari ilmu.

Tiada istilah terlambat untuk menuntut ilmu! – netizen.

Learning has no restriction of age. Miss, your grandma inspire me to never stop learning & you’re a supportive granddaughter,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Nak Peluk Abang.." - Isteri Luah Rindu Pada Arwah Suami Melalui 'WhatsApp' Buat Netizen Sebak