[VIDEO] Tak kisah beza agama dan budaya, aksi adik ini suapkan kawan OKU buat netizen sebak

Entertainment
22 Aug 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
agama dan budaya

TANPA mengira perbezaan agama dan budaya, aksi seorang murid perempuan yang membantu menyuapkan makanan untuk kawannya yang kurang upaya (OKU) membuat netizen sebak.

Mana tidaknya, video pendek yang dikongsikan seorang guru yang terharu melihat kemuliaan hati murid bernama Mahalaksmi menjadi perbualan ramai.

Melalui perkongsian pemilik akaun @azizahazedi di akaun TikTok, beliau turut menceritakan kisah Mahalaksmi yang manja dipanggil Maha sering membantu rakan OKU bernama Hanisah.

@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids image is not available This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi ♬ original sound – azizahazedi

Memetik kata-katanya:

“Harap video ini membuatkan awak gembira. Mereka sangat baik antara satu sama lain, mereka juga seorang anak yang prihatin dan penyayang. Video ini diambil ketika waktu rehat PPKI, Mahalaksmi suap Hanisah makan. Saya suka babak ini, tapi entah kenapa buatkan saya rasa sebak.”

Selain merakam penghargaan buat pengikut yang memberikan komen positif, ibu kepada dua orang anak itu juga bercerita serba sedikit mengenai dua sahabat tersebut.

“Hanisah ni seorang yang sindrom down dan juga rabun. Makan pun agak lambat, jadi Maha tolong suapkan bekal yang Hanisah bawa,” katanya.

image is not available

Menonton video yang menerima lebih 58,000 jumlah tontonan itu membuatkan sesiapa sahaja terharu, apatah lagi gaya Maha menyuapkan makanan seperti emak-emak dekat rumah.

Sabar melayani Hanisah makan ketika waktu rehat membuatkan netizen memuji tindakan Maha yang suka menolong orang.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Maha yang mendidiknya dengan baik.

image is not available

Inilah yang kami buat masa tahun 1980-an di sekolah, semua satu hati.

image is not available

Video TikTok terbaik untuk hari ini.

image is not available

Cinta dan sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

image is not available

Inilah caranya nak besarkan anak-anak. Hormat untuk si dia dan keluarganya.

image is not available

Perlu lebih banyak video macam ini sempena bulan kemerdekaan.

image is not available

Banyak lagi komentar yang dikongsikan netizen sejak video tersebut viral.

Ramai juga yang mengharapkan perkongsian video kesedaran seumpama itu diperbanyakkan lagi demi mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

image is not available

Bukan apa, rakaman pergaduhan atau rasa tidak puas hati disebabkan perbezaan bangsa dan agama secara tidak langsung boleh memecahbelahkan perpaduan yang dibina.

Malah perkongsian konten semata-mata mahu meraih populariti tersebut boleh mewujudkan rasa prejudis dalam kalangan anak muda.

Justeru, sempena bulan kemerdekaan kali ini, marilah kita semarakkan kembali keharmonian rakyat majmuk dengan perkongsian berilmu. Setuju tak setuju?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan