(VIDEO) “Tak Pernah Fikir Jadi Macam Ni” – Ibu Sedih Anak ‘Dipulau’ Rakan Sekelas Kerana Tak Fasih Bahasa Melayu

28 Mar 2023 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan seorang pelajar perempuan sekolah rendah mengadu sedih kepada ibunya.

Difahamkan sebab anak perempuan menangis kerana tidak mempunyai kawan di sekolah hanya kerana tidak fasih bercakap Bahasa Melayu dan hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Wanita tersebut berkongsikan video permasalahan yang berlaku dihadapi oleh anak di sekolah dalam akaun TikToknya.

Jika dilihat dari video tersebut, pada mulanya anak perempuan berasa sangat gembira serta teruja untuk menjalani sesi persekolahan pada tahun ini.

Namun, beberapa saat selepas itu video itu bertukar menjadi suram setelah anak perempuan menangis teresak-esak sambil memberitahu tiada siapa mahu berkawan dengannya kerana dia bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Susulan itu, ibu tersebut mengakui bahawa anak perempuan tidak terlalu fasih dalam Bahasa Melayu dan menyalahkan diri sendiri kerana anak ‘dipulau’ oleh rakan sekelas.

Wanita tersebut berkata tujuan dirinya memuat naik video tersebut bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana bahawa kepentingan mengajar anak bahasa ibunda.

image is not available 7 bulan lalu

Tular Video Makcik 'Cleaner' Mahir Berbahasa Jepun, Rupa-Rupanya Boleh Cakap Arab & Jerman Juga!