(VIDEO) “Tak Semestinya Islam” – Peniaga Bertudung Jual Sate Ular, Netizen Pesan Hati-Hati ‘Travel’ Ke Negara Jiran

17 Jun 2022 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran video yang memaparkan seorang peniaga yang memakai tudung sedang menjual sate daging ular di Indonesia telah mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Menerusi video tersebut, dilihat peniaga itu sedang memotong daging ular untuk dicucuk pada batang sate sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Malah, selain daging ular peniaga itu turut menyediakan menu daging haiwan reptilia lain seperti biawak, ular, dan tokek.

image is not available

Seperti yang kita tahu, kesemua menu yang disediakan peniaga itu merupakan makanan yang haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Oleh itu, rata-rata netizen telah memesan kepada semua pelancong dari Malaysia supaya berhati-hati dalam pemilihan makanan di negara jiran itu.

Orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam.

Meninjau di ruangan balas, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu melancong di negara itu apabila dihidangkan bakso yang diperbuat daripada daging tikus.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Gila Talak" - Duda Tak Boleh 'Move On' Tengok Jandanya Makin Lawa, Siap Sanggup Panjat Pagar Rumah