(VIDEO) “Tanggungjawab Anak Tetap Diutamakan” – Hantar & Jemput Jebat Di ‘Airport’, Netizen Puji Sharnaaz Ahmad

8 Mar 2023 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad telah mendapat perhatian orang ramai selepas dilihat menghantar anaknya, Jebat Jayden dan bekas isteri, Noor Nabila di Lapangan Terbang untuk mengerjakan ibadah umrah.

Terkini, Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian apabila turut menjemput mereka berdua di Lapangan Terbang selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat melepaskan rindu dengan mendukung erat anak lelakinya itu selepas hampir dua minggu berjauhan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat 758.4K tontonan, 33K tanda suka, dan 199 komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad kerana sangat mengutamakan tanggungjawab terhadap anaknya.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menghormati cara pelakon filem Juvana itu yang masih mengekalkan hubungan akrab dengan keluarga bekas isteri walaupun mereka sudah berpisah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Tak Nampak Bayang Pun" - Sharnaaz Hadir Ke 'Airport' Dengan Keluarga Nabila, Engku Emran Pula Dicari Netizen