
Usahawan tekstil ‘vira’ yang menghina orang Melayu baru-baru ini yang dikenali sebagai Madame Mariyah tampil membuat permohonan ampun maaf terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim gara-gara keterlanjurannya itu.
Mariyah ataupun lebih dikenali sebagai Makcik Kemboja dalam kalangan netizen itu berbuat demikian menerusi satu video berdurasi 51 saat.
Dia dilihat membuat permohonan maaf susulan netizen ada meminta bantuan TMJ untuk mengambil tindakan terhadap dirinya gara-gara keterlanjuran menghina orang Melayu.
Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah Binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn. Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.
Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat.
Makcik Kemboja sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di mana dia berkata orang Kemboja memang pandai berniaga berbandin orang Melayu yang malas.
Dia juga tampil membuat permohonan maaf setelah dikecam namun dianggap tidak ikhlas oleh sesetengah netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Aku Bukan Nak Backup Mak Cik Kemboja Tu" - Michael Ang Luah Pendapat Isu Melayu Malas, Anggap Netizen Suka Kecam Membuta Tuli
The post (VIDEO) “Tarik Balik IC Merah Dia..” – Dikecam Melampau, Mak Cik Kemboja ‘Viral’ Mohon Ampun Kepada TMJ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
