[VIDEO] Tawar Servis ‘Delivery’ Ke Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Kagum Dengan Usaha Restoran Ini

16 Nov 2022 • 2:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiba-tiba mengidam ayam goreng di puncak Gunung Kinabalu?

[VIDEO] Tawar Servis ‘Delivery’ Ke Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Kagum Dengan Usaha Restoran Ini. Biasanya, bergantung kepada lokasi pelanggan, kebanyakan restoran mempunyai had untuk menghantar makanan mereka kepada pelanggan.

Walau bagaimanapun, sebuah restoran di Sabah telah mengambil langkah tambahan dengan menawarkan untuk menghantar makanan mereka ke salah satu tempat paling ekstrem yang pernah difikirkan, puncak Gunung Kinabalu!

image is not available
[VIDEO] Tawar Servis ‘Delivery’ Ke Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Kagum Dengan Usaha Restoran Ini

“Bolehkah ayam kami sampai ke puncak Gunung Kinabalu?” – Borenos Fried Chicken

Baru-baru ini, Borenos Fried Chicken berkongsi di akaun TikTok mereka bahawa mereka menghantar maskot mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu untuk menghantar beberapa ketul ayam.

Dalam kapsyen mereka, mereka berkata “hanya seekor ayam boleh mendaki Gunung Kinabalu tanpa membayar permit pendakian!” – which makes sense kerana mereka hanya mendaki gunung itu untuk menghantar ayam sahaja, hehe!

Difahamkan, usaha ini dilakukan untuk melihat sama ada restoran itu boleh menghantar makanan mereka ke sana kerana mereka merancang untuk menawarkah perkhidmatan delivery ke Gunung Kinabalu! Tugas yang bercita-cita tinggi dan menakjubkan!

Dalam video itu, pasukan restoran dilihat membawa maskot mereka mendaki gunung dan cuaca semakin berangin ketika mereka hampir sampai ke puncak.

Ayam dinikmati para pendaki, netizen pula mencadangkan restoran untuk membuka cawangan lain di seluruh Sabah

Dalam video susulan, sepasukan pendaki dilihat sedang menikmati ayam itu. Ya lah, siapa yang tidak mahu menikmati hidangan yang lazat selepas mendaki salah satu gunung tertinggi di dunia, kan? image is not available

Beberapa netizen kagum dengan usaha Borenos Fried Chicken yang ingin menawarkan perkhidmatan delivery ke puncak Gunung Kinabalu dan kebanyakan mereka mencadangkan restoran itu untuk membuka cawangan lain di seluruh Sabah!

Antaranya seperti:

Anda boleh lihat kedua-dua video itu di bawah:

@borenosfriedchicken

Only a chicken can climb Mount Kinabalu without paying for a climb permit! image is not available#borenos #mountkinabalu #fyp #sabahancrew_fams #sabah #friedchicken #greattasteanytime

♬ SWIPE – ALYPH

@borenosfriedchicken

We’re planning to deliver to Mount Kinabalu! image is not available Our team recently went up the iconic mountain to see if we could deliver our signature fried chicken there, and what a challenging journey that was! (A huge shoutout to @Jvy weterproof_AOLM for helping us carry our mascot! image is not available) We’re still in the planning stage for the delivery service, so keep an eye on our social media for announcements from us! . #borenos #mountkinabalu #fyp #sabahancrew_fams #sabah #friedchicken #greattasteanytime

♬ Made You Look – Meghan Trainor

Memang respect gila restoran ni! Semoga usaha mereka untuk membuat delivery ke Gunung Kinabalu menjadi realiti serta membuka cawangan lain di seluruh Sabah agar ramai lagi penduduk Sabah dapat menikmati ayam goreng mereka!