
Sarawak Metro Perkenal Kemudahan Mesra Pengguna di Stesen ART Kuching
Video Teaser Stesen ART Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Curi Tumpuan Ramai. Sarawak Metro baru-baru ini telah menarik perhatian ramai netizen dengan video teaser berdurasi 1 minit 21 saat yang memperlihatkan lokasi stesen di tengah-tengah tempat letak kereta awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Stesen ini dihubungkan ke tingkat dua (aras pelepasan) lapangan terbang melalui sebuah jambatan udara (skybridge) yang dikenali sebagai Pedestrian Crossing Departure Hall.

Laluan Merah KUTS dan Stesen Persilangan Simpang Tiga
Stesen ini merupakan salah satu daripada tujuh (7) stesen yang akan dibina di bawah Laluan Merah (Red Line) Projek Transit Aliran Ringan Automatik (ART) Kuching Urban Transportation System (KUTS). Antara tujuh stesen tersebut, terdapat satu stesen persilangan (interchange) yang terletak di Simpang Tiga, menjadikannya titik penting untuk penumpang bertukar laluan.
Projek KUTS ini merangkumi pembinaan stesen di pelbagai aras; ada yang dibina di aras tanah (at-grade) dan ada juga yang dibina di aras tinggi (elevated). Rekabentuk stesen-stesen ini mengambil kira keperluan pengguna dengan menyediakan kemudahan seperti lif dan eskalator di beberapa stesen terpilih. Ini memudahkan akses bagi warga emas, wanita mengandung, dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Lihat video penuh di bawah:
Selain itu, semua stesen di bawah Projek KUTS ini akan dilengkapi dengan sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC), Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PIDS), dan CCTV untuk memastikan keselamatan dan kemudahan semua penumpang. Kesemua kemudahan ini diharap dapat memberikan pengalaman yang lebih lancar dan selesa kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini.


