(Video) Tembak Kepala Pada Jarak Dekat, Polis Kini Buru 3 Lelaki Bertopeng

15 Jun 2023 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam, tular mengenai kejadian tembak yang berlaku dalam sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Kuala Lumpur.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun maut di tempat kejadian akibat ditembak di kepala.

Kes tembak

Beberapa klip video telah tular di media sosial memaparkan tiga orang suspek melarikan diri dalam sebuah kereta Nissan Almera dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu pihaknya kini sedang mengesan rakaman CCTV di sekitar kawasan berkenaan.

Polis kini mengesan semua CCTV di kawasan sekitar bagi mengesan suspek. Siasatan lanjut bagi kes berkenaan sedang dijalankan.

Kejadian yang berlaku jam 1.32 petang itu telah menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat ditembak sekurang-kurangnya dua das.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved