[VIDEO] ‘Tengah joging, kena kepung kumpulan anjing’

18 Nov 2026 • 11:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Tengah joging, kena kepung kumpulan anjing’

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikepung kumpulan anjing liar sewaktu sedang beriadah, dalam kejadian di taman berdekatan perumahan Setia Alamsari, Bangi malam tadi.

Menerusi video dikongsikan pengguna Threads Farhanumaruthman memperlihatkan, kumpulan anjing liar tersebut mengepung seorang lelaki dan haiwan tersebut menyalak ke arahnya.

Lelaki tersebut terpaksa memanjat pokok hiasan di taman berkenaan bagi mengelakkan diserang kumpulan anjing liar itu.

“Kejadian malam tadi, berdekatan taman kami, Setia Alamsari. Mangsa sedang joging, dikejar dan dikepung oleh enam hingga tujuh ekor anjing.

“Report (laporan) kepada MPKJ (Majlis Perbandaran Kajang) dan Ahli Majlis telah dibuat. Diharapkan tindakan segera diambil dan dipermudahkan urusan insya-Allah,” katanya pada hantaran hari ini.

Dia memaklumkan, kawasan berkenaan merupakan tempat permainan kanak-kanak yang digunakan pada setiap hari.

“Alhamdulillah, pada masa kejadian tiada kanak-kanak yang sedang bermain di situ,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads lain sekali gus mereka berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya untuk menyelesaikan masalah anjing liar itu.

“Anjing ni memang dia akan jadi berani nak attack (serang) orang kalau dia ada banyak. Aku kena hari tu kat kawasan apartmen, mula-mula seekor anjing datang halang jalan aku. Dia macam nak attack tau. Sekali anjing lain nampak, dia pun datang join (ikut serta). Aku dah seram dah. Aku hayun beg kuat-kuat lepas tu lari. Bagitahu management (pengurusan) pun tak ada fungsi dan tiada tindakan,” kata pengguna Threads Nurrsyazwanii.

“Anjing-anjing ni lapar, kalau tak dia dah pergi dah. Jaga anak-anak, jangan jadi makanan anjing,” kata Kamllkaml.

“Kat tempat saya pun sama, konon guna anjing untuk jaga construction site (tapak pembinaan). Lepas siap projek, dia tinggal je,” kata Nimj6. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Tengah joging, kena kepung kumpulan anjing’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved