[VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2026 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia

Demikian luahan penuh syukur seorang ibu, Safinatul Hayah Abdullah Sani, 50, apabila mengenang jasa semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi membolehkan anak sulungnya, Muhammad A'Ariz Daniel Mohd Zamani, 13, menjalani pembedahan pemindahan hati di India kira-kira 11 tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790147/berita/laporan-khas/terima-kasih-sinar-harian-rakyat-malaysia

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #20TahunSinarHarian #PemindahanHati #Nyawa #Anak">
Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia
Pada Februari 2015, kisah Muhammad A'Ariz Daniel yang ketika itu berusia setahun sembilan bulan mendapat perhatian ramai apabila hanya mempunyai tempoh dua hingga tiga tahun untuk hidup sekiranya tidak segera menjalani pemindahan hati.
Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia
Laporan awal Sinar Harian berkenaan penderitaan dialami oleh Muhammad A'Ariz Daniel lebih 10 tahun lalu.
Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia
Safinatul Hayah (kanan) dan Mohd Zamani (menunjukkan parut pembedahan 11 tahun lalu yang masih kelihatan di badan Muhammad A'Ariz Daniel.
Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia
Lebih sedekad menjalani pemindahan hati, kini Muhammad A'Ariz Daniel menjalani kehidupan seperti remaja lain.
Image from: [VIDEO] Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia
Muhammad A'Ariz Daniel bersama keratan Sinar Harian yang menyiarkan kisahnya lebih 10 tahun.

ALOR SETAR – "Terima kasih Sinar Harian dan seluruh rakyat Malaysia kerana membantu menyelamatkan nyawa anak saya."

Demikian luahan penuh syukur seorang ibu, Safinatul Hayah Abdullah Sani, 50, apabila mengenang jasa semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi membolehkan anak sulungnya, Muhammad A'Ariz Daniel Mohd Zamani, 13, menjalani pembedahan pemindahan hati di India kira-kira 11 tahun lalu.

Penjawat awam yang juga penderma hati untuk anaknya itu berkata, kesukaran mengumpul dana sebanyak RM200,000 menyebabkan dia nekad mendapatkan bantuan akhbar ini bagi menyiarkan kisah tersebut.

**media[3600440]**

"Kami berusaha mencari pejabat Sinar Harian yang menjadi tempat pertama kami minta tolong. Selepas kisah anak kami disiarkan, media lain juga turut sama membantu membuat laporan.

"Alhamdulillah dalam tempoh sebulan sahaja hasil bantuan semua media, sumbangan daripada rakyat Malaysia mencapai sasaran," katanya ketika ditemui Sinar Harian yang menziarahi keluarga tersebut sempena ulang tahun ke-20 akhbar ini.

Pada Februari 2015, kisah Muhammad A'Ariz Daniel yang ketika itu berusia setahun sembilan bulan mendapat perhatian ramai apabila hanya mempunyai tempoh dua hingga tiga tahun untuk hidup sekiranya tidak segera menjalani pemindahan hati.

**media[3600439]**

Keadaan perut kanak-kanak tersebut semakin membusung manakala seluruh tubuhnya kekuningan akibat penyakit biliary atresia atau kegagalan fungsi hati yang dikesan sejak berusia dua bulan.

Menurut Safinatul Hayah, hasil sumbangan orang ramai membolehkan anaknya itu menerima rawatan di sebuah hospital di New Delhi selama dua bulan ditemani suami, Mohd Zamani Mohd Azizan, 47, dan beberapa ahli keluarga lain.

**media[3600424]**

Katanya, jasa rakyat Malaysia akan sentiasa terpahat dalam ingatan kerana memberi peluang kedua kepada Muhammad A'Ariz Daniel untuk meneruskan kehidupan yang kini berada di Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.

"Alhamdulillah, sekarang dia sangat aktif walaupun masih perlu mengambil ubat setiap hari.

“Kos rawatan susulan dan ubat masih tinggi, namun kami tetap bersyukur kerana dia masih ada bersama kami sehingga hari ini,” ujarnya yang mempunyai seorang lagi anak, Marissa Aaira, 9.

**media[3600438]**

Berhubung tahap kesihatan diri sebagai penderma kira-kira 30 peratus hati kepada anaknya itu, Safinatul Hayah berkata, dia menjalani kehidupan normal seperti biasa sehingga ke hari ini.

Menurutnya, rutin harian sebagai seorang ibu dan juga seorang pembantu tadbir juga tidak terjejas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved