[VIDEO] "Tersangkut Di Beting Lumpur" - Feri Langkawi Terkandas Lagi Di Kuala Kedah

24 Feb 2023 • 3:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebuah feri membawa seramai 511 penumpang dari Langkawi terkandas di beting pasir pada kedudukan 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah, malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata -- Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan daripada Jabatan Laut (JLM) memaklumkan kejadian feri terkandas kira-kira pukul 9.15 malam.

“Ia melibatkan feri Express Bahagia 168 yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

“Feri itu terkandas apabila paras air laut surut sehingga menyebabkan feri tersangkut di kawasan beting lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bot Perkasa 1224 diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM.

“Feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi bot Perkasa pada pukul 11.15 malam,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved