[VIDEO] Tol percuma dua hari mulai Jumaat

18 Jan 2023 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengguna lebuh raya akan menikmati kadar tol percuma selama dua hari bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian kadar tol itu melibatkan semua konsesi lebuh raya di seluruh negara membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.

"Ini merupakan inisiatif Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam perbincangan bersama pihak konsesi dan bersetuju supaya ditiadakan tol bagi tarikh tersebut," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Anwar, keputusan itu memudahkan perjalanan rakyat untuk bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

"Cuma nasihat kita seperti biasa, jaga keselamatan di jalan raya, patuh peraturan dan elakkan peningkatan jumlah kemalangan," katanya.

Sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka berada di atas lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti itu yang bermula hujung minggu ini.

Dalam memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna pada tahap tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, Alexander dilapor berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa inisiatif antaranya mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain pengoperasian LLM dan syarikat konsesi juga akan dipertingkatkan kepada 24 jam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved